Monday, April 27, 2009

Mesyuarat Kali Ke 4 Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009

Mesyuarat Kali Ke 4
Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009

Tarikh : 23 April 2009 jam 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH
Pengerusi : Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mohd Wazir
Pengarah BPSH
Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk memantau status tindakan oleh jawatankuasa kerja dan jawatankuasa pelaksana.

Catatan :

Semua keputusan pertandingan dan anugerah telah diterima oleh pihak urus setia. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.

Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:
Pameran Pendidikan pada 13 – 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (1500) di Wisma Darul Iman

Mesyuarat seterusnya menetapkan bahawa:

1. Teks perutusan Menteri dan KPPM hendaklah disediakan pada 30 April 2009. Teks ini perlu disemak oleh Menteri dan KPPM terlebih dahulu bagi mengelak pindaan berlaku pada hari rakaman.

2. Hanya kata alu-aluan Pengarah BPSH sahaja yang diterima oleh JK Buku Cenderamata. JPN Terengganu telahpun menyerahkan draf kata alu-aluan Pengarah negeri Terengganu dan Menteri Besar Terengganu untuk disemak.

3. BTP bersetuju untuk menyerah gerai (booth)nya untuk tujuan pameran kerja hasil inovatif guru yang berjaya menerima Anugerah Inovatif Guru anjuran BPK.

4. Latar pentas cadangan ke tiga diterima dengan pindaan untuk digunapakai sebagai latar pentas Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru 2009.

5. Syarikat Utusan Melayu (Malaysia (Bhd) bersedia untuk merubah rekabentuk kain rentang dan banting supaya lebih bersesuian dengan perayaan.

6. Surat pindaan maklumat acara penyampaian hadiah di majlis pertandingan Bahas Guru dan Majlis Makan Negeri perlu dikeluarkan dengan segera bagi memaklumkan pindaan.

7. Maklumat penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kempimpinan Pendidikan dan Tokoh Khas Kepimpinan Pendidikan perlu disertakan dengan surat makluman rasmi kepada BTP.

8. Format persembahan multi media penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Kepimpinan Pendidikan dan Khas Kepimpinan Pendidikan dipersetujui bagi tempuh 2 minit setiap seorang. Perarakan penerima anugerah hendaklah ditiadakan.

9. Persembahan multi media Perdana Menteri dipersetujui supaya diadakan sebelum ucapan perasmian.

10. Dipersetujui hakim-hakim yang menelai Anugerah Guru KMT dan Pemimpin KMT diberikan saguhati. Kadar saguhati diserahkan kepada pihak urus setia.

11. Jemputan kenamaan untuk acara pameran hendaklah diuruskan oleh pihak urus setia. Pihak pengelola hanya perlu mencadangkannya sahaja.