Perkara :
Pemantauan Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Alih JPN Pahang, PPD Temerloh dan Sekolah Harian di bawah kawalan JPN
Tarikh :
31 Mac hingga 2 April 2009
Tempat Lawatan :
PPD Temerloh
JPN Pahang
Ketua Pasukan :
Tn Hj Mustafa bin Sidi, KPP PKICT
Rasional Lawatan :
- BPSH adalah penyelaras pengurusan kewangan Sektor Operasi Pendidikan yang melibatkan 7 Bahagian dan 16 JPN.
- Dari sudut Perjanjian Program, BPSH bertanggungjawab menyelaras dan memantau 5 aktiviti utama iaitu Pendidikan Menengah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah, Asrama Harian dan Pentadbiran Negeri.
- Manakala dari sudut pengurusan aset alih kerajaan, BPSH perlu melakukan pemantauan ke atas agensi bawahannya sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Tujuan :
1. Memantau pengurusan kewangan, akaun dan aset alih di JPN, PPD dan sekolah dengan memberi fokus kepada :
2. Mengenal pasti amalan terbaik "best practices" JPN berkaitan pengurusan kewangan, akaun dan aset alih kerajaan, untuk dikongsi bersama JPN lain dalam mesyuarat JPKA.
- Pengurusan Mesyuarat JPKA JPN,
- Pengurusan Pesanan Tempatan (L.O),
- Pengurusan Pembayaran bil tidak melebihi 14 hari,
- Pengurusan Stor dan Aset Alih Kerajaan,
- Pengurusan Waran Peruntukan Kecil
2. Mengenal pasti amalan terbaik "best practices" JPN berkaitan pengurusan kewangan, akaun dan aset alih kerajaan, untuk dikongsi bersama JPN lain dalam mesyuarat JPKA.