Tuesday, April 21, 2009

MESYUARAT KETUA SEKTOR SPPK JPN DENGAN SPKD, BPSH


MESYUARAT
KETUA SEKTOR SPPK JABATAN PELAJARAN NEGERI
DENGAN SEKTOR PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN (BPSH)

Tarikh :
15 – 17 April 2009

Tempat :
Hotel Putra Brasmana
Kuala Perlis

Pengerusi :
Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Sektor Pengurusan SPKD (BPSH)

Tujuan :
Selama dua malam Ketua-ketua Sektor telah didedahkan dengan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh SPKD pada tahun 2009 disamping isu-isu semasa pengurusan Adu Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling dan Disiplin. Turut serta dalam mesyuarat ini ialah wakil dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas, dan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Kluster. Beberapa pandangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli mesyuarat untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian bagi mempertingkatkan pengurusan murid dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan disiplin. Ketetapan mesyuarat kali ini adalah seperti berikut:

1. JNJK memaklumkan bahawa lantikan kaunselor sepenuh masa tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JPN. Sekolah terpaksa melaksanakan lantikan dalaman.

2. Kes aduan hendaklah dikendalikan melalui saluran JPN dan PPD supaya maklumat yang diperolehi lebih adalah tepat dalam konteks isu setempat.

3. Bagi membolehkan latihan kepada kaunselor dan Pengetua/Guru Besar dapat dilaksanakan secara meluas, peruntukan OS 29000 hendaklah dibekalkan kepada JPN.

4. Didapati ramai dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar tidak memahami keperluan pelaksanaan kaunseling di sekolah. Banyak kejadian salah faham mengenai dasar pengurusan kaunseling oleh pentadbir sekolah mengganggu kelancaran dan keberkesanan kaunseling dalam mengurus pembangunan murid.

5. Agensi luar perlu menyediakan peruntukan makan, penginapan dan pergerakan guru pengiring dalam merancang kegiatan yang melibatkan murid.

6. Peruntukan yang dibekalkan oleh KPM kepada JPN, PPD dan sekolah untuk maksud kegiatan murid dalam bidang HEM hendaklah dikendalikan secara khusus dan berasingan dari bidang kokurikulum.

7. Peraturan disiplin dalam Akta 550 (Pelajaran) hendaklah dipercepatkan bagi menangani isu disiplin semasa. Peraturan sedia ada (Ordinan Pelajaran 1956, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1957) didapati tidak menepati untuk digunakan bagi penyelesaian isu disiplin hari ini.

8. Aduan-aduan yang diterima oleh KPM disalurkan kepada bahagian dan jabatan berkaitan untuk siasatan. Unit Pendaftaran dan Perhubungan di Sektor Pengurusan Sekolah JPN dijadikan sebagai focal point di negeri. Unit ini juga dijadikan focal point bagi mengumpul dan menyelaras maklumat bencana alam sekolah.

9. Perlu diadakan kajian bagi mengenalpasti dengan tepat faktor-faktor yang menyebabkan murid terlibat dalam kegiatan salahlaku disiplin.

10. Pelaksanaan hukuman rotan perlu dilihat sebagai tindakan mendidik tetapi bukan sebagai hanya sebagai tindakan hukuman.

11. Sekolah diminta supaya melaporkan semua kejadian salahlaku murid. Laporan tidak sepatutnya dijadikan sebagai kelemahan pentadbiran sehingga menjejas prestasi kenaikan pangkat Pengetua dan Guru Besar sekolah berkaitan.

12. Penglibatan murid dalam kegiatan jenayah ialah 0.03%. Hanya 27% murid ini terlibat dalam kegiatan jenayah kekerasan dan selainnya dalam jenayah harta benda.

13. Peruntukan disiplin (Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin) disediakan untuk semua sekolah. Walaupun begitu peruntukan lain (kokurikulum dan sukan) disediakan secara khusus dan berasingan untuk sekolah-sekolah dibawah pengurusan BPI, BSSK dan JP Khas.

14. Pegawai risik polis hendaklah dilibatkan dalam program dan aktiviti latihan literasi undang-undang.

15. Pihak JPN perlu mengadakan mesyuarat dengan pihak MCPF bagi memanfaatkan peruntukan dari pihak berkenaan.

16. Bahagian latihan di kementerian (IAB dan BPG) perlu memberi ruang kepada penerangan mengenai dasar pengurusan semasa dalam bidang seperti disiplin, bimbingan dan kaunseling, kokurikulum, kebajikan murid dan kesihatan.

17. Kursus literasi undang-undang hendaklah juga diberikan kepada pentadbir sekolah, PPD dan JPN.

18. Pegawai kewangan HEM hendaklah dilantik untuk mengawal dan memantau peruntukan-peruntukan yang dibekalkan kepada JPN dalam bidang ini.

19. Pihak JPN perlu jelas berhubung dengan fungsi kaunselor pentadbiran dan kaunselor murid.

20. Kaunselor sekolah tidak perlu berdaftar sebagai pengamal kaunselor kerana mereka berfungsi sebagai guru dan memberi khidmat hanya kepada murid sekolah.

21. Pergerakan guru (kaunselor) ke luar sekolah adalah atas sokongan dan kebenaran Pengetua dan Guru Besar sekolah masing-masing.

22. Panduan bimbing di sekolah rendah perlu diwujudkan secara menyeluruh dan komprehensif supaya guru yang dilantik dapat berperanan dengan lebih berkesan dan berkesinambungan dengan kaunselor di sekolah menengah.

23. Penegasan pelaksanaan bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan juga didedahkan kepada Pengetua dan Guru Besar bagi memastikan program dan aktiviti dapat dikendalikan dengan sokongan penuh di peringkat sekolah.