Thursday, August 11, 2011

MESYUARAT TEKNIKAL PENYEMAKAN DAN PEMILIHAN PENGETUA CEMERLANG DG52 DAN DG 54 BAGI TAHUN 2011



Tarikh : 8 - 10 Ogos 2011
Tempat : Hotel Quality. Kuala Lumpur
Bil Ahli : 20 ( 16 Ketua Unit dan 4 Urusetia)



Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat semakan borang yang dan dokumen Pengetua Cemerlang bagi setiap negeri untuk jawatan DG52 dan DG 54. Proses ini adalah merupakan proses awal pemilihan sebelum dibawa dan pertimbangkan dengan panel yang telah ditetapkan. Selain penyediaan dokumen sokongan yang berbentuk rezume bagi setiap calon ada beberapa kretiria lain yang akan dipertimbangkan dan proses pembentangan oleh calon secara individu juga antara markah penilaian.

MESYUARAT TEKNIKAL MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG-1) DAN MAKLUMBALAS PENEMPATAN PERTUKARAN (MPG-2) BIL 1/ 2011



Tarikh : 8 -10 Ogos 2011
Tempat : Hotel Quality, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 45 Peserta



Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat penyelarasan teknikal bagi penyediakan Maklum Balas Penempatan Guru (MPG-1) dan Maklum Balas Penempatan Pertukaran (MPG-2) yang akan dilaksanakan sepenuhnya secara online dan melalui sistem e-Operasi. Penyelarasan ini bagi memantapkan lagi perkara-perkara yang masih tertangguh sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Selepas pelaksanaan secara rintis bagi semua negeri bagi 2 kali penempatan dan pertukaran pertengahan tahun,beberapa penambaikkan telah dilaksanakan bagi tujuan pemamtapan sistem sebelaum dilaksanakan sepenuhnya. Selain itu penyelarasan teknikal bagi surat-surat berhubung dengan penempatan dan petukaran juga dilihat secara teliti dan dibuat penambaikkan bagi memantapkan urusan penempatan dan pertukaran guru pada masa akan datang.

Wednesday, July 27, 2011

OPMEN BAKAL TERBANG KE YOKOHAMA..JEPANG




Tarikh : 11- 14 September 2011
Tempat : PACIFICO YOKOHAMA

Info :Provides large space to meet the needs of world-scale conventions. All of its world-class facilities including the National Convention Hall of Yokohama, the Conference Center, the Exhibition Hall and the hotel (Inter Continental YOKOHAMA GRAND)

Monday, July 25, 2011

PATAH KAN TUMBUH..HILANG BERGANTI..ADALAH RESAM KEHIDUPAN!!! SAYONARA DAN TERIMA KASIH.. JASAMU DIKENANG







Tarikh : 21 Julai 2011
Tempat : Blue Ocean Glow..Kuala Perlis
Bil Ahli : 50 Orang

Majlis resepsi sempena pertukaran pegawai dan penempatan pegawai baru di sektor pengurusan sekolah menengah KPM dan JPN sepanjang tahun 2011 dari Januari hingga Julai 2011.

1. Majlis adalah bagi meraikan pegawai yang bertukar ke jawatan baru ;

a. JPN Kedah : En Sofaruddin KU Menengah ditukarkan ke Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta.

b. JPN Sarawak : En Phang Chun Yow ditukarkan sebagai Pengetua SMK Balingan, Serian

c. JPN Sarawak : Cik Hajjah Fatimah ditukarkan sebagi Ketua sektor Pendidikan Khas dan Swasta.

d. JPN Melaka: Dr Norashimah ditukarkan sebagi Ketua Keurusetian BPSH

e. JPN Negeri Sembilan : Hjh Ipun ditukarkan sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

f. BPSH . KPM : En AB RAhim Bin Othman ditukarkan sebagi Ketua Unit Kaunseling BPSH

2. Selamat datang ke Sektor Menengah Jabatan Pelajaran Negeri:

a. JPN Kedah : En Shahrir di tukarkan sebagai Ketua Unit Menengah Kedah

b. JPN Sarawak : Pn Sharini di tukarkan sebagai Ketua Unit Menengah Sarawak

c. JPN N.Sembilan : En Misri ditukarkan sebagai Ketua Unit Menengah N.Sembilan

d. JPN Melaka : En Abdullah ditukarkan sebagi Ketua Unit Menengah Melaka

Selamat datang dan selamat bertugas ditempat yang baru serta sekalong tahniah atas kenaikan pangkat beberapa pegawai ke jawatan baru.. Tahniah dan Sekalong Budi atas Perkhidmatan Anda semua...

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 2/2011






Tarikh : 20 - 22 Julai 2011
Tempat : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Perlis
Bil Ahli : 17 Orang ( Semua JPN dan Pegawai KPM)

Mesyuarat adalah bertjuan membuat verifikasi data OPMEN pada 30 April bersama dengan semua JPN. Verifikasi ini berhubung dengan data tembung yang terdapat di dalam sistem OPMEN yang mana proses ini melibatkan semua negeri. Data Tembung ( seorang guru berada di dua stesen yang berbeza) ini ujud adalah di sebabkan beberapa faktor, iaitu kes-kes pertukaran guru, kad penegnalan yang sama dan beberapa isu yang lain.


Hasil dari proses verifikasi ini semua maklumat berhubung dengan data tembung guru dapat di selesaikan bersama dengan semua negeri. Selain itu beberapa isu dapat dibincangkan dan medapat keputusan bersama antaranya ialah taging guru "Contract For Sevices" dalam OPMEN sebagai makluman awal berdasarkan arahan perlantikan mulai JUlai diseluruh negara.


MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN PROFESIONALISME KETUA UNIT MENENGAH BIL. 2/2011


Tarikh : 20 -22 Julai 2011
Tempat : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras beberapa perkara berhubung dengan pengurusan sektor menengah di KPM bersama dengan sektor menengah di semua JPN seluruh negara. Mesyuarat bermula dengan agenda seperti berikut:

1. Mesyuarat Profesionalisdme Ketua Unit Menengah Bil. 2/2011.
2. Pengurusan profesional berhbung dengan Bimbingan dan Kaunseling, Guru Ganti , GSTT , Redeyployment dan pengurusan pengetua cemerlang.
3. Pegurusan Maklumbalas Penempatan Guru tahun 2011
4. Mesyuarat Majlis Ketua Unit Kebangsaan
5. Penambahbaikkan Sistem Pertukaran dan Penempatan guru
6. Verifikasi data Opmen bagi 30 April 2011

Tuesday, July 12, 2011

DOUBLE STRIKE FOR SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH IN JULAI 2011


Bulan : Julai 2011
Tempat : Bhg Pengurusan Sekolah Menengah
Sektor : SPS Menengah

SPSM melakar kejayaan berganda... pada Julai 2011,,
Tahniah kepada semua warga SPSM... tahniah..tahniah..tahniah..

1. Tahniah kerana menjadi sektor terbaik 5S bagi bulan Julai
2. Tahniah kerana menjadi juara keseluruhan Bowling antara sektor bpsh...
3. Tahniah kerana kerjasama anda semua warga SPSM menyumbang kepada kejayaan sektor