Friday, May 29, 2009

Mesyuarat Headcount dan Post Mortem- Strategi Peningkatan Prestasi Akademik Sekolah FELDA


Perkara:
Mesyuarat Headcount dan Post Mortem - Strategi Peningkatan Prestasi Akademik Sekolah FELDA

Tarikh:
25 - 27 Mei 2009

Tempat:
Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah

Kehadiran:
1. Wakil 9 buah sekolah FELDA negeri Kedah, Perlis, Perak & Selangor (PK Kurikulum, Pengurus Skim Tuisyen FELDA, guru BM, BI, Matematik & Sains)
2. Wakil PPD Baling Sik, PPD Kubang Pasu dan JPN Perlis.
3. Penceramah: Tn. Hj. Abas Awang, Tengku Azuan Tengku Mohamed, Hjh. Salmiah Mohd Salleh, Hj. Baharum Ahmad
4. Wakil pegawai FELDA dari 9 rancangan FELDA
Urus Setia:
Abu Hashim bin Abdul Samad, Unit Akademik Menengah
Objektif:
Memberi pendedahan pelaksanaan hedcount dan post mortem secara hands on kepada pentadbir dan guru sekolah FELDA
Tindakan:
Bagi setiap wakil sekolah: melaksanakan headcount dan post mortem
Pemantauan akan dijalankan oleh BPSH, JPN dan PPD bermula Julai 2009

Bengkel Penyediaan Pakej Bil.2/2009


Perkara :
Bengkel Penyediaan Pakej Bil.2/2009

Tarikh :
27-29 Mei 2009

Tempat :
Hotel Orkid, Melaka

Kehadiran :
Seorang ketua unit, seorang pegawai dan dua staf daripada setiap sektor

Objektif :
  1. Menyediakan dokumen permohonan pakej untuk mesyuarat/kursus/aktiviti bagi Jun hingga Disember 2009.
  2. Mengelakkan kelewatan menghantar permohonan pakej ke Bahagian Kewangan (minima 14 hari)

Perasmian Penutup :
Dr Amin bin Senin, Timbalan Pengarah (Dasar)

Wednesday, May 27, 2009

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU
2009

Tarikh :16 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat:Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
Tema:Guru Pembina Negara Bangsa





Pelaksanaan :

Jabatan Pelajaran Terengganu adalah pengelola kepada majlis pelancaran perayaan. Jabatan telah terlibat secara langsung menyelaraskan acara-acara penyampaian hadiah dan anugerah bersempena dengan perayaan. Penyampaian hadiah pertandingan dan anugerah telah disampaikan di majlis makan malam negeri pada15 Mei 2009 di kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu (Seri Iman) dan juga di majlis perasmian perayaan pada16 Mei 2009 di Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam, Kuala Terengganu.

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena dengan perayaan dianjurkan pada tahun ini ialah:

i. Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
ii. Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
iii. Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang
iv. Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang
v. Anugerah Guru Inovatif
vi. Anugerah Guru
vii. Anugerah Pengurusan
viii. Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak
ix. Pertandingan Bahas Guru
x. Pertandingan lagu tema perayaan
xi. Forum Pendidikan
xii. Pameran Pendidikan
xiii. Menjunjung Kasih Guru Pedalaman
xiv. Pelancaran buku

Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas dikendalikan oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian. Walaupun begitu majlis makan malam adalah anjuran kerajaan negeri. Pada tahun ini Kerajaan Negeri Terengganu telah membiayai majlis tersebut. Hadiah pertandingan, peraduan (Anugerah Guru Inovatif, Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak dan Pertandingan Lagu Tema), sumbangan (mesin haemodilisis – sumbangan Yayasan Guru Berhad) dan lain-lain anugerah disampaikan di majlis ini. Beberapa buku yang diterbitkan oleh bahagian-bahagian di Kementerian dan JPN telah dilancarkan di majlis yang sama. Diantara buku yang dilancarkan ialah terbitan Jabatan Pelajaran Terengganu (Teachers Lore) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian - Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah dan Rendah. Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh YB Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, disamping YAB Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu selaku tuan rumah. Seramai 1,500 orang tetamu terdiri dari pegawai KPM, PPD, Pengetua, Guru Besar dan guru sekolah telah hadir.

Penyampaian hadiah tempat ketiga dan keempat bagi acara Pertandingan Bahas Guru diadakan di pertandingan akhir acara ini di IPG Dato’ Razali Ismail. Manakala johan dan naib johan pertandingan ini (Kategori Bahasa Inggeris – Selangor. Kateogri Bahasa Malaysia – Perlis) menerima hadiah di majlis makan malam. Pembahas terbaik Bahasa Melayu Encik Mohd Faizullah b Buyong dan pembahas terbaik Bahasa Inggeris Puan Noor Munirah Sulaiman menerima hadiah masing-masing di majlis tersebut.

Forum Pendidikan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersempena dengan majlis pelancaran perayaan telah diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman pada 15 Mei 2009 jam 1500. Forum yang berbicarakan tema perayaan (Guru Pembina Negara Bangsa) telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Aziz Deraman. Panel forum ialah YBhg. Tan Sri Abdul Rahman Arshad, YBhg. Dato’ Noor Rezan Bapoo Hashim dan YBhg. Dr. Julaihi Hj Bujang

Pameran Pendidikan dianjurkan bagi memberi ruang guru-guru mempersembahkan kepada masyarakat guru dan umum inovatif-inovatif yang dihasilkan oleh mereka dalam usaha meningkatkan keberkesanan P & P. Pada tahun ini Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd. telah memberi kerjasama mengendalikan pameran. Pameran ini telah dilancarkan oleh YB Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran pada 15 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre (TTC). Sebanyak 150 gerai pameran diadakan. 8 dari gerai ini dikendalikan oleh beberapa bahagian dan jabatan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Majlis ini telah diadakan pada jam 0930 16 Mei 2009 di Dewan Konvensyen Taman Tamaddun Islam. YAB Menteri Besar Terengganu dan kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran telah turut hadir di majlis. Majlis telah dihadiri oleh 2,500 orang pegawai KPM, PPD, Pengetua, Guru Besar dan guru sekolah. Penerima Anugerah di majlis ini ialah:

Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan

Dato’ Cg Abdul Rahim Tahir
Encik Phua Seng Tiong
Encik Shahul Hamid Mydin Shah



Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan

YBhg Tan Sri Dato’ Asiah Abu Samah

Anugerah Khas Tokoh Kepimpinan Pendidikan

Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat

Pelaksanaan perayaan di peringkat negeri dan daerah ialah selepas majlis pelancaran perayaan di peringkat kebangsaan. Sekolah hendaklah mengadakan majlis sambutan perayaan pada 16 Mei 2009 atau 17 Mei 2009 (Kelantan, Terengganu dan Kedah). Bagi Pengetua dan Guru Besar yang terlibat dengan majlis pelancaraan di peringkat kebangsaan, boleh menangguhkan sambutan perayaan di peringkat sekolah pada tarikh yang bersesuaian.
Perayaan di peringkat negeri dan daerah pada kebiasaannya akan menganjurkan aktiviti penyampaian hadiah dan anugerah di peringkat masing-masing. Aktiviti kebajikan guru seperti penyampaian sumbangan kepada guru kemalangan, derma darah, gotong royong, membina wakaf dan sebagainya.

PERHIMPUNAN PERPADUAN DAN INTEGRASI PEMIMPIN MURID PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Tarikh :
21 Mei 2009

Tempat :
Jabatan Pelajaran Johor

Pengerusi :
Encik Abdul Aziz b Redwan
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
JPN Johor

Catatan :

Jabatan Pelajaran Johor selaku tuan rumah kepada Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan 2009 telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola pada 21 Mei 2009.. Perhimpunan ini dijadualkan pada 16 – 20 Ogos 2009 di Johor Baharu. Kali ini penyertaan akan turut melibatkan murid-murid dari negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

Aktiviti yang dianjurkan termasuklah Sukan Rakyat, Jejak Kembara, Gotong Royong dan Khidmat Bakti, Jamuan Teh DiRaja, Apresiasi Seni, Senaman J ROBIK, FESTIVAL Robotik dan Ceramah Perpaduan, bagi menterjemahkan tema perhimpunan kali ini, 1 Malaysia. Seramai 1,060 orang guru dan murid dari seluruh negara akan menyertai perhimpunan pada tahun 2009.

Sunday, May 24, 2009

Bengkel SPA Modul Pemeriksa dan Pelaporan


Begkel Sistem Pengurusan Aset (SPA) Online untuk Modul Pemeriksa dan Pelaporan telah diadakan pada 20 & 21 Mei 2009.
Bengkel ini dikelolakan oleh BPPA dengan kerjasama Kementerian Kewangan.
Semua pegawai aset dan pegawai pemeriksa daripada 5 bahagian yang terlibat dengan projek rintis SPA di KPM telah hadir dan mengikuti bengkel berkenaan.
BPSH telah diwakili oleh En Shazali Ahmad, Hj Nor Azam Abdullah dan En Zaini Rajalanudin.

Mesyuarat Pengurusan dan JPKA SOP


Mesyuarat Pengurusan Operasi Pendidikan telah diadakan pada 21 Mei 2009 di Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Noor Rezan binti Bapoo Hashim, TKPPM (OP).

Mesyuarat JPKA OP juga telah diadakan bersekali dengan mesyuarat pengurusan. Ini untuk memaksimakan masa mesyuarat dan menggunakan masa utama untuk turun padang.

BPSH telah dilantik sebagai urusetia JPKA dan menyelaras semua maklumat JPKA daripada ketujuh-tujuh Bahagian di bawah Operasi Pendidikan.

Taklimat Sektor PKICT kepada Timbalan Pengarah (Dasar)


Pada 20 Mei 2009, Timbalan Pengarah (Dasar) yang baru, Dr. Amin Senin telah mendengar taklimat berkenaan Sektor PKICT.
Taklimat telah disampaikan oleh KPP PKICT, Tn Hj Mustafa Sidi. Taklimat telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan sokongan sektor.