Sunday, June 27, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA OPMEN BIL. 2/2010 ZON SQL


Tarikh : 25 - 27 Jun 2010
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Miri
Bilangan Ahli : 3 Dari KPM dan Pegawai Data Opemen Menengah(4 Orang)

Mesyuart penyelarasan data dilaksanakan adalah bertujuan untuk membuat semakan data pengiian dan keperluan guru berdasarkan kepada Anggaran Belanja Mengurus (B41) yng telah dilluskan mengikut negeri di seluruh negara. Penyelarasan ini penting bagi memastikn setiap ngeri dapat mematuhi ABM yang telah diluluskan mengikut negeri, dan JPN pula akan memastikan semua sekolah dibawah kawalan mereka juga mematuhi ABM perjawatan yang diluluskan akan format zon kepada setiap sekolah. Selain itu semua data yang sudah di verifikasi akan digunakan pula oleh negeri bagi tujuan penempatan dan juga pertukaran guru. Zon S,Q dan L hanya diwakili oleh 3 buah negeri sahaja dan KPM akan mengunakan format zon bag tujuan menjimatka kos.

Thursday, June 24, 2010

Mesyuarat Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan (StraPP) BPSH


Tarikh : 22 - 24 Jun 2010
Tempat : Hotel Fedral, Kuala Lumpur
Sektor Pengelola : SPKICT
Peserta : 20 orang (melibatkan 8 sektor dalam BPSH)
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Mohd Yong bin Salleh, dihadiri oleh wakil daripada setiap sektor dalam BPSH. Tujuan mesyuarat ialah untuk membincangkan komponen-komponen dalam StraPP iaitu Bajet, Operasi ,Latihan dan Pembangunan serta instrumen penilaian. Mesyuarat ini juga adalah tindakan pembetulan ke atas beberapa pengurusan yang telah diaudit oleh Audit Dalam Star Rating KPM dan Pra Audit MS ISO 9001:2008 BPSH.
Mesyuarat turut membuat penilaian program yang telah dilaksanakan dari bulan Januari hingga Jun 2010. ( Status, Tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan)

Friday, June 18, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN PENEMPATAN GURU


Tarikh : 18 Jun 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Intan, BPSH
Masa : 9.00 pagi

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KPP Menengah, En Aidie Bin Haji Jantan adalah bertujuan membuat penyelarasan bersama Bahagian-bahagian KPM di bawah Sektor Operasi Pendidikan yang akan di laksanakan pada 19 Julai 2010 secara serentak bagi semua bahagian-bahgaian di KPM. Mesyuarat juga telah memutuskan beberapa perkara berhubng dengan penempatang guru baru, antaranya program Orientasi Guru Permulaan yang dilaksankan oleh BPG selama 3 bulan bermula dengan penempatan pada 19 Julai ini. Mesyuarat juga menjemput wakil dari IPGM.KPM bagi membuat pembentangan berhubung dengan sub NKRA berhubung program guru baru yang berkaitan dengan Mentoring partner..

Mesyuarat Bersama Pengarah IAB Berhubung Penyelarasan Persediaan Persidangan Pengetua Cemerlang Kali Ke-3

Tarikh : 15 Jun 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pejabat Pengarah IAB
Peserta Mesyuarat : Ahli EXCO Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK)

Perbincangan :

Kertas cadangan dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan Pengarah Institiut Aminuddin Baki ( IAB ) mengenai cadangan mengadakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah yang akan dikelolakan secara bersama oleh IAB, BPSH dan Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK). Di antara pengisian persidangan ini dipenuhi dengan slot-slot ceramah profesional bagi mempertingkatkan lagi standard pengurusan pengetua-pengetua cemerlang dalam menghadapi dunia globalisasi dan memenuhi komponen-komponen yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan. Persidangan ini juga diisi dengan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengetua Cemerlang DG 52 (KUP)yang baru sebagai satu pengiktirafan dan mempertingkatkan martabat pengetua-pengetua cemerlang. Berikut ialah cadangan yang dipersetujui oleh Pengarah IAB.

Tarikh : 1 – 3 November 2010
Tempat Persidangan : IAB Genting Highlands
Penginapan : IAB Genting Highlands
Peserta : 384 Pengetua Cemerlang sedia ada 118 Pengetua Cemerlang baru dilantik.
502 Jumlah Pengetua Cemerlang

Tema : PENGETUA CEMERLANG PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday, June 9, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN PENEMPATAN GURU BARU BERSAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM (SISTEM E-OPERASI)


Tarikh : 09 Jun 2010
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja, BPSH
Bil Ahli : 20 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras penempatan guru baru bersama dengan bahagian-bahagian KPM di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) menggunakan Sistem E- Operasi yang sedang dibangunkan. Mesyuarat telah bersetuju mengguna pakai format terkini berhubung dengan penempatan guru baru untuk semua bahgian di KPM. Mesyuarat juga bersetuju mengguna pakai format yang selaras dengan bagi semua bahgian di bawah SOP. Melalui Sistem E-Operasi ini semua guru baru yang diterima dari BPSM dan BPG akan di upload oleh semua bahagian yang menerima bekalan ke dalam Sistem E-Operasi dan kemudian nama calon akan di buat penempatan oleh negeri berdasarkan nama yang calon guru yang diterima.

Friday, June 4, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 2/2010 ZON TENGAH


Tarikh : 3 & 4 Jun 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam SPSM. KPM
Bil Ahli : Pegawai Data JPN Melaka,JPN Johor, JPN Putrajaya dan JPN Selangor

Mesyuarat peneylarasan data OPMEN bagi zon tengah dilaksanakan di Bilik Nilam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, kerana menyahut dasar penjimatan BPSH. Memandangkan dasar penjimatan kementerian dan peruntukan kewangan yang terhad maka mesyuarat ini dapat meringankan beban kewangan negeri dan Bahagian. Mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik. Verifikasi data dapat dijalankan dengan baik dan banyak memberi ruang penambahbaikkan kepada negeri membuat pindaan kepada kaedah pelaksanaan kutipan dan penyemakan data.

Tuesday, June 1, 2010

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PENEMPATAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM ORIENTASI GURU BARU DAN VERIFIKASI DATA OPMEN DAERAH CAMERON HIGHLAND




Tarikh : 27 Mei 2010
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Smk Ringlet dan Smk Sultan Ahmad Shah
Bil Ahli : 3 Pegawai KPM, JPN Pahang dan PPDM Cameron Highland

Lawatan pemantauan adalah bertujuan bagi membuat pemantauan pelaksanaan program KPM di sekolah menengah daerah cameron highland bagi memastikan pelaksanaan adalah mengikut perancangan yang telah dipi]utuskan di peringkat KPM. Tujuan utama pemantauan ilah bagi memastikan JPN melaksanakan progrm yang di cadangkan oleh KPM di semua sekolah di KPM dalam urusan:

a. Pelaksanaan Program Orientasi Guru Baru
b. Verifikasi dan Pelaksanaan data OPMEN di peringkat sekolah sepenuhnya.

Pemantauan telah berjaya mendapat maklumat terus dari sekolah dan guru baru terbabit bagi tujuan penambahbaikkan program pada masa akan datang. Lawatan adlah berjaya dan sangat membantu sektor menengah KPM bagi penambahbaikkan program pada masa akan datang.