Monday, March 5, 2012

MESYUARAT TEKNIKAL PENEMPATAN GURU (MPG-1) DAN PENEMPATAN PERTUKARAN (MPG-2) BAGI ZON SARAWAK

Tarikh : 14 - 17 Februari 2012
Tempat : Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
Bilangan Ahli : 45 Orang ( Semua PPD Sarawak dan Pegawai JPN Sarawak)

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan dan pembentangan bagi pelaksanaan Aplikasi Sistem Maklumat Guru(SMG) / e-Operasi yang akan dilaksanakan ke seluruh negara mulai tahun 2012. Pembentangan ini adalah bagi memaklumkan kepada kepada semua pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah yang menguruskan penempatan dan pertukaran guru di peringkat PPD. Semua pegawai meja yang terlibat adalah diharapkan dapat melaksanakan proses kerja yang telah ditetapkan supaya proses penempatan dan pertukaran guru dapat dilaksanalkan dengan baik dan teratur.