Monday, March 5, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA OPMEN BIL 1/2012 JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA KPM.


Tarikh : 27 - 29 Februari 2012
Tempat : Hotel Heritage, Ipoh, Perak
Bil Ahli : 20 Orang( Pegawai Data Negeri dan Pegawai KPM)


Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan data guru berhubung dengan keperluan dan pengisian guru bagi sekolah menengah bagi data berakhir 31 Januari 2012. Penyelarasan dan verifikasi data ini perlu bagi memastikan kedudukan sebenar guru di seluruh bagi sekolah menengah bagi tujuan penempatan dan pertukaran guru yang akan datang. Verifikasi data juga perlu bagi menentukan penempatan dan pertukaran guru yang akan dilaksanakan mematuhi waran perjawatan yang diluluskan bagi tahun semasa. Pematuhan ini perlu dikuatkuasakan memandangkan pelaksanaan waran perjawan berasaskan sekolah diseluruh negara. Selain itu kedudukan kelas yang ditawarkan pada tahun ini adalah mematuhi waran yang diluluskan berdasarkan capaian enrolmen bagi sesebuah negeri. Semua data telah diverifikasi dan disahkan oleh semua negeri dan akan digunakan sebagai data asas pelaksanaan penempatan dan pertukaran bagi tahun 2012.