Wednesday, March 23, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN PERTUKARAN GURU BAGI SESI JUN 2011

Tarikh : 21 Mac 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat Permata, BPSH
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil Ahli : Bahagian-bahagian KPM dibawah SOP
Pengerusi : Timbalan Pengarah (Sekolah)
Abdullah Bin Mad yunus

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras pelaksanaan pertukaran guru bagi sesi Jun 2011 berhubung peranan bahagian masing-masing terutama dibawah pentadbiran bahagian dibawah SOP. Penyelarasan ini berkaitan dengan pelaksanaan diperingkat sekolah, PPD dan JPN serta Bahagian masing-masing.Perbincangangan juga berkisar dengan pelaksaan proses ertukaran antara bahagian seperti tarikh pelaksaan Tranfer Order(TO) antara bahagian dan lain-lain isu berhubung dengn proses pertukaran.



Mesyuarat mengambil maklum dan akan memaklumkan kepada semua sekolah-sekolah dibawah kawalan masing-masing dengan harapan tidak ada perkara-perkara yang tidak bik berlaku sepanjng proses pertukaran bagi sesi Jun 2011.



Semua bahagian-bahagian KPM dimaklumkan bahawa bagi proses pertukaran kali ini pengemaskinian data semua guru perlu dilaksanakan melalui pengkalan data e-operasi dan pengemaskinian hanya perlu dilakukan oleh guru itu sendiri mulai 1 Mac sehingga 27 Mac 2011.