Monday, March 14, 2011

MESYUARAT PANEL PENULISAN BUKU JEJAK WARISAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)

Tarikh : 7 hingga 9 Mac 2011
Tempat : Hotel Avillion Legacy, Melaka
Ahli-ahli Mesyuarat : Jawatankuasa MPSM yang dilantik sebagai Panel

Skop penulisan buku :

Buku ini ditulis sempena Jubli Emas Persidangan ke 50 MPSM yang mencungkil semula maklumat berkaitan PKPSM/MPSM sepanjang 50 tahun penubuhannya yang disusun mengikut bab seperti berikut :

1. Sejarah dan latar belakang penubuhan PKPSM/MPSM termasuk YDP, tarikh, tempat dan tempat persidangan diadakan.
2. Pengisian program persidangan dari tahun 1961 hingga 2011
3. Aktiviti-aktiviti MPSM sepanjang 50 tahun penubuhannnya
4. Peranan dan sumbangan MPSM dalam konteks pengurusan dan kepimpinan pendidikan
5. Terbitan bulletin dan jurnal MPSM

Buku ini dijangka diterbitkan pada 22 Jun 2011 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia sempena Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Kali Ke-50 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor.