Friday, May 27, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONALISME KETUA UNIT MENENGAH BIL. 2/2011 JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA KPM



Tarikh : 26 - 27 Mei 2011
Tempat : Hotel Empress. Sepang
Bil Ahli : 20 Orang (5 Pegawai KPM dan 15 JPN)

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras beberapa isu berhubung dengan pengurusan dan berhubung dengan penempatan dan pertukaran guru dan beberapa perkara berbangkit berhubung dengan ucapan Perdana Menteri sempena Hari Guru di Sarawak berkaitan dengan prkara berikut

1. Pengetua Gred DG 52
2. GPK Pentadbiran Gred DG 48
3. GPK Akedemik Gred Dg 48
4. GPK Kokurikulum Gred DG 48

Mesyuarat turut membincangkan penempatan guru baru yang akan dilaksanakan ke seluruh Negara bagi Sekolah menengah pada 26 Jun 2011. Mesyuarat menagmbil maklum terhadap beberapa perkara seperti berikut sebelum melaksanakan penempatan bil.2/2011

1. Tarikh pemakluman kepada semua calon didalam laman web KPM pada 20 Jun.
2. Melaksanakan program orientasi penempatan guru baru bagi semua negeri yang menerima penempatan.
3. Menentukan keperluan guru bagi semua negeri dan tidak melebihi dari jumlah penempatan yang diterima.
4. Menamatkan GSTT sekiranya negeri ada melantik GSTT bagi mengisi kekosongan jawatn sedia ada