Monday, August 30, 2010

Konvensyen ICC MPC Wilayah Pantai Timur

KOTA BHARU: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, UrGENT telah menyertai Konvensyen ICC MPC Wilayah Pantai Timur di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 27 Julai 2010.

Kumpulan UrGENT telah menerima Anugerah Emas Tiga Bintang dan ini merupakan kejayaan sulung kumpulan UrGENT.



Dengan kejayaan ini, kumpulan UrGENT diharap akan membuahkan kejayaan dalam dua lagi konvensyen iaitu Konvensyen KIK KPM 2010 dan Konvensyen ICC MPC Peringkat Kebangsaan 2010.