Thursday, July 22, 2010

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH GSST BIL 3/2010 BAGI NEGERI SABAH



Tarikh : 21 - 22 Julai 2010
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Bil Ahli : 292 Orang GSST ( Semenanjung dan Sabah)
Tetamu VVIP : Timbalan Pengarah, Jab Pel Sabah.

Selepas selesai Program Orientasi di peringkat Kementerian Pelajaran semua Guru Sandaran Siswazah Terlatih telah bergerak mengikut negeri dan penerbangan ke Sabah dana Sarawak. Bagi penrbangan ke Sabah sebanyak 3 penerbangan bermula dengan S1 di ketuai/diiringi oleh En Ab Rahim Othman seramai 69 orang dan diikuti oleh S2 diiringi oleh En Aidie Bin Jantan(KPP Menengah) seramai 70 orang dan S3 di ketuai leh En Zanol Bin Haji Awang seramai 16 Orang. Semua GSST ddari semenanjung ke Sabah telah dikumpulkan di Promenade Hotel dan Majlis Perasmian Program dan Penyerahan GSST ke Jabatan Pelajaran Sabah telah di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah. Majlis berjalan lancar dan amat meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua calon GSST.. Selamat Bertugas diNegeri Dibawah Bayu..