Tuesday, June 29, 2010

Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Kali Ke-49


Tarikh : 22 - 24 Jun 2010
Tempat : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu
Bil Peserta : 600 Orang
Tetamu VVIP : Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Bin Mohd Dom (KPPM)
Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan menganjurkan Persidangan tersebut pada 22 Jun – 24 Jun 2010 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. Persidangan pada tahun ini melibatkan seramai 600 orang Pengetua sekolah menengah seluruh Malaysia yang bertemakan Pengetua Berkualiti Menjana Gagasan 1 Malaysia.

Objektif persidangan ialah :
a. Meningkatkan tahap profesonalisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah
b. Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah
c. Meningkatkan budaya muafakat dalam kalangan pemimpin sekolah
d. Memperkukuhkan jati diri pengurusan sekolah dalam menghadapi isu dan cabaran pendidikan semasa

Di antara pengisian slot program persidangan ialah :
a. Taklimat pelaksanaan School Improvement Programme oleh En. Abdullah bin Mohd Yunus, Timbalan Pengarah (S), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
b. Ceramah Profesionalisme oleh Y. Bhg. Dato’ Professor Dr. Hussin bin Mohd@Abd. Rahman, Pengarah UiTM Kelantan.
c. Forum Pendidikan yang bertajuk Isu dan Cabaran Pelaksanaan NKRA yang dipengerusikan oleh Professor Madya Dr. Mohammad Agus bin Yusuff manakala ahli forum terdiri daripada Y. Bhg. Dato’ Noor Rezan bt. Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) dan Y. Bhg. Dato’ Hassan Harun, Pengarah Sekolah Antarabangsa Wadi Sofia.
d. Taklimat Program Modul Induksi Guru Permulaan oleh Dr. Nasaruddin bin Basar dari Bahagian Pendidikan Guru