Wednesday, March 10, 2010

Mesyuarat Profesionalisme Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah dan Verifikasi Data Opmen Peringkat KPM Bil. 1/2010


Tarikh : 10 - 12 Mac 2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang Selangor
Bil Ahli : 40 Orang ( 10 Pegawai BPSH, 16 Ketua Unit Menengah JPN dan 16 Pegawai Data Menengah)

Mesyuarat pengurusan sekolah menengah bil. 1 / 2010 akan membincangkan pelbagai perkara berhubung dengan pengurusan sekolah menengah bersama dengan semua ketua unit menengah semua JPN seluruh negara. Perbincangan juga meliputi semua aspek pengurusan termasuk guru, murid, Rededeployment, ABM Perjawatan 2010, pengisian guru mengikut negeri, penempatan, pertukaran, program tingkatan 6 dan pelbagai isu berhubung dengan SPS. Selain itu mesyuarat juga memberi fokus kepada data OPMEN bil 1/2010 bagi data berakhir 31 Jan 2010 dari segi ABM perjawatan yang diterima, keperluan guru dan pengisian guru dan juga berkaitan dengan muri dan kelas bagi tahun 2010