Thursday, November 19, 2009

Program Peningkatan Kemahiran Belajar : Strategi Peningkatan Prestasi Akademik PPS dan Sekolah FELDA






Tarikh : 11 - 13 November 2009
Tempat : Hotel Heritage, Cameron Highlands
Bil Peserta : 70 Orang. Justify Full
VVIP : Dato' Hj. Zulkifly bin Mohd Wazir
Pengarah BPSH

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan strategi peningkatan akademik Pusat Pembelajaran Sains (PPS) dan sekolah-sekolah FELDA. Antara pengisian program ini ialah bengkel "Program Belajarlah Sayang" yang akan dijalankan di sekolah-sekolah FELDA. Tujuan program ini diadakan antaranya adalah untuk mengekang masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah FELDA dalam usaha menjayakan program peningkatan prestasi akademik.

Selain itu, turut diselitkan satu sesi perkongsian kejayaan SMK Teloi Kanan, Kedah yang berjaya dalam program EnO (Environment Online) ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan aktif guru serta pelajar sekolah tersebut.