Tuesday, September 15, 2009

Lawatan Susulan Laporan Audit RMT Ke Sibu




Pada 7-9 September 2009, satu lawatan susulan telah diadakan ke sekolah-sekolah sekitar Sibu, Sarawak. Lawatan ini adalah susulan daripada laporan audit Bahagian Audit Sekolah terhadap pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sarawak.
Lawatan melibatkan 2 pegawai PKICT dan seorang pegawai JPN Sarawak. Sekolah-sekolah yang dilawati adalah:
  1. SK Nanga Bon
  2. SK Sg Nibung
  3. SK Sg Salim
  4. SK Batu 10
  5. SK Sibu Jaya
Laporan lengkap lawatan telah disiapkan dan akan dibentangkan kepada Pengarah BPSH.