Tuesday, July 21, 2009

MESYUARAT PEMURNIAN PROSEDUR PIBG

Mesyuarat Pemurnian Prosedur PIBG telah diadakan pada 14-16 Julai 2009, bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Swasta dan semua Ketua Unit Perhubungan Negeri yang menguruskan PIBG Negeri. Mesyuarat ini membolehkan panel teknikal dapat mengumpulkan maklumat dan merangka Prosedur PIBG Sekolah dan PPD, menyelaras semua input dan rujukan Prosedur PIBG dan merumus semua dapatan dari semua JPN Negeri.