Tuesday, June 9, 2009

MESYUARAT KETUA UNIT HEM, PEGAWAI DISIPLIN JPN DAN PEGAWAI HEM BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM

Tarikh : 2 – 5 Jun 2009
Tempat : Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah
Pengerusi : i) Haji Mohd. Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)

ii) Mohd Fuzi bin Mohd Nor
Penolong Pengarah Unit Disiplin

Latar Belakang :

BPSH Sektor Pengurusan Kanseling dan Disiplin telah mengadakan mesyuarat pertengahan tahun dengan semua Ketua Unit HEM dan Pegawai Disiplin JPN bersama-sama dengan pegawai-pegawai meja HEM Bahagian-bahagian di KPM pada 2 – 5 Jun 2009. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membentangkan dasar-dasar pengurusan disiplin dan laporan kegiatan yang dianjurkan oleh BPSH bagi meningkatkan disiplin murid di sekolah.

Bahagian-bahagian di KPM yang menguruskan sekolah-sekolah masing-masing seperti BPI, BPTV, BPKhas dan SBP & Kluster dilibatkan supaya sentiasa maklum dengan kegiatan yang dikendalikan oleh BPSH dalam usaha peningkatan disiplin murid. Wakil PDRM (Hal Ehwal Awam) Bukit Aman telah turut hadir untuk menyampaikan dasar-dasar pengurusan polis yang melibatkan kes-kes murid sekolah.

Mesyuarat yang telah diadakan di Langkawi pada kali ini telah diingatkan supaya semua pihak sentiasa menghormati protokol, hirarki dan fungsi pengurusan organisasi masing-masing (KPM, PPD dan sekolah) supaya saluran maklumat dapat dilaksanakan dengan kemas, teratur dan lancar. Justeru jaringan kerja akan dapat berfungsi dengan lebih mantap, cekap dan berkesan.


Ketetapan :

. Key Performance Indeks (KPI) bagi masalah disiplin murid perlu dibuat di peringkat JPN. Negeri. Di peringkat KPM, sasaran pengurangan masalah disiplin murid telah ditetapkan kepada pengurangan sebanyak 0.02% pada tahun 2009. Sehubungan itu, semua Bahagian dan JPN. diminta untuk berusaha ke arah pencapaian KPI masing-masing dan sasaran yang ditetapkan perlu disesuaikan dengan KPI di KPM. Sebagai panduan dalam menetapkan KPI di peringkat JPN

· Siasatan dan laporan berkaitan kes disiplin murid. Bagi kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah khususnya yang mendapat perhatian awam dan yang keluar dalam mana-mana media massa termasuk aduan ketidakpuasan ibu bapa dan masyarakat, maka siasatan perlu segera dilakukan oleh JPN. atau PPD. Laporan yang dihantar perlu ada ulasan, pandangan dan tindakan daripada PPD atau JPN. Laporan yang disediakan oleh sekolah perlu dilampirkan bersama. Usaha-usaha dan tindakan ke arah penyelesaian masalah yang disiasat juga perlu dijelaskan dalam laporan tersebut. Kaedah Standard Operating Prosedure (SOP) 1 : 3 : 7 yang ditetapkan oleh KPM hendaklah dipatuhi.

· Semua pegawai yang terlibat dalam pengurusan disiplin murid sama ada di peringkat KPM, JPN. atau PPD perlu memahami dengan jelas akan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM khususnya pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Di peringkat KPM, peraturan baru iaitu Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2008 yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 telah diangkat kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan penelitian.

· Pemantauan yang kerap di sekolah perlu dilakukan oleh JPN. Negeri khususnya terhadap tatacara hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin oleh pihak sekolah. Untuk itu, nasihat dan bimbingan perlu sentiasa diberi kepada sekolah agar tindakan yang dibuat adalah betul dan tidak mendatangkan isu ketidakpuasan kepada pihak awam khususnya ibu bapa. Ini termasuklah pematuhan Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Beri penekanan terhadap proses keadilan dalam melaksanakan sesuatu hukuman.

· Mesyuarat Post Cabinet Kementerian Pelajaran pada 14 Mei 2009 telah meminta agar pengurusan disiplin murid dilakukan oleh satu bentuk pengurusan lain. Maklum balas yang diterima daripada Bahagian-Bahagian di KPM dan JPN. Negeri adalah agar pengurusan disiplin murid di sekolah dilakukan oleh guru dan meminta agar waktu mengajar guru disiplin dikurangkan kepada maksima 8 waktu, di luar norma dan jadual waktu bertugasnya di susun semula. Untuk itu satu mesyuarat penyediaan kertas cadangan mengenainya akan disediakan pada 17 hingga 19 Jun 2009.

· Selain pengetahuan berkaitan pengurusan disiplin murid dimantapkan kepada kalangan pegawai di KPM. dan JPN, guru disiplin di sekolah juga perlu diberi latihan dan kursus yang berkaitan. BPSH pada tahun 2009 telah memperuntukkan pakej kursus guru disiplin kepada semua negeri. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Tekanan emosi guru-guru disiplin yang telah lama menjalankan tugas tersebut serta yang bertugas di sekolah-sekolah yang agak berisiko perlu diambil kira dalam pengurusan disiplin sekolah. Setiap JPN. Negeri telah diperuntukkan dua pakej untuk kursus pengurusan stress kepada guru tersebut di bawah peruntukan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Selain daripada kursus dan latihan seperti di perkara 10 dan perkara 11, BPSH juga telah menghantar peruntukan kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah untuk program keibubapaan kepada PIBG dan program Pasukan Petugas Anti Ponteng di bawah peruntukan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· BPSH juga telah menghantar peruntukan kepada semua JPN. Negeri untuk program pencegahan jenayah pelajar bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Peruntukan ini juga di bawah program Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Salah satu aspek pengukuhan disiplin murid seperti yang disebutkan oleh YAB. Menteri Pelajaran adalah dengan melibatkan dan memantapkan peranan PIBG. Usaha ini akan diberi perhatian di mana semua daerah akan diberi peruntukan tambahan di bawah peruntukan Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN) iaitu NGO yang berada di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM bagi menggerakkan program PIBG tersebut. Jumlah peruntukan tambahan kepada setiap daerah akan diputuskan oleh KPM. Peruntukan khas telah diperolehi oleh MAPAN daripada Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu dan menyokong usaha-usaha Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM melaksanakan program dan aktiviti disiplin murid bagi tempoh 2008-2009. Peruntukan ini diletakkan dalam akaun ATTD di BPSH. Pelancaran program pemantapan PIBG tersebut dicadang dilakukan oleh YAB. Menteri Pelajaran di Parlimen Pagoh pada bulan Julai 2009.

· Mesyuarat pengurusan BPSH telah menetapkan agar ada KPI penghantaran maklumat dan laporan secara berjadual. Pemberian markah kepada JPN. Negeri akan dibuat berdasarkan ketepatan masa penghantaran serta maklumat yang diberi adalah lengkap. Perkara ini adalah atas arahan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi). Dalam aspek disiplin, keselamatan dan perpaduan murid pelbagai kaum, perkara yang dimasukkan adalah penghantaran data SSDM, data maklumat Pengurusan Disiplin Murid (BDP), data Piawaian Kesematan Sekolah, Laporan Pelaksanaan Program Menangani Gejala Disiplin Murid dan data penglibatan murid dalam program RIMUP. Sektor Kaunseling dan Disiplin, BPSH telah menyediakan format KPI tersebut seperti di LAMPIRAN C. Semua JPN. Negeri perlu mematuhi ketetapan tersebut.

· Pegawai Perhubungan Polis perlu diaktifkan dari aspek kehadiran mereka di sekolah. Pihak JPN. Negeri perlu membincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Permuafakatan JPN. bersama PDRM di peringkat negeri. Kehadiran pihak polis di sekolah harus dilihat sebagai membantu pihak sekolah dan bukan menakutkan. Perkara ini juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM pada 17 Mac 2009.

· Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah perlu diaktifkan. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau pelaksanaan program ini di samping membantu sekolah mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

· Pihak PDRM diminta untuk memaklumkan kepada pihak sekolah tentang status kes pelajar yang ditangkap dan didakwa di mahkamah. JPN. Negeri juga diminta untuk sentiasa berhubung dengan PDRM di peringkat negeri bagi membantu sekolah mendapatkan maklumat tersebut.

· Satu mekanisme yang lebih berhati-hati juga perlu diwujudkan oleh PDRM sekiranya ada kes tangkapan pelajar sekolah khususnya ketika waktu persekolahan kerana ia boleh mendatangkan isu kepada masyarakat.

· Semua JPN. Negeri diminta untuk menghantar data SSDM berdasarkan surat siaran KPPM pada 31 Mei 2005. Data tersebut perlu dihantar tiga kali setahun mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Setiap kali kutipan data tersebut akan diadakan mesyuarat bersama JPN. bagi membuat analisa bersama tetang status masalah disiplin murid peringkat negeri dan kebangsaan. Data SSDM yang dipungut hendaklah termasuk daripada SBP&K, SMT dan SMKA.

· Pelaksanaan rintis program Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) di 116 buah sekolah di seluruh negara akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2009. Item-item berkaitan murid-murid istimewa juga perlu dimasukkan dalam sistem tersebut agar pemantauan terhadap salah laku mereka juga dapat dipantau. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau dan membantu sekolah-sekolah berkenaan dalam pelaksanaannya.

· Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM telah meminta BPSH mengenalpasti 10 buah sekolah menengah bagi melaksanakan rintis SSDM Versi Baru (VB) dalam usaha pemantapan sistem tersebut.

· Pelaksanaan rintis program Piawaian Keselamatan Sekolah di 642 buah sekolah di seluruh negara akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2009. Pihak JPN. Negeri diminta untuk memantau dan membantu sekolah-sekolah berkenaan sterusnya mendapatkan maklumbalas daripada sekolah berkenaan dari kelima-lima aspek yang akan dipiawaikan. Kelima-lima aspek tersebut adalah Pengurusan Aktiviti Murid, Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana, Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah, Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko.

· Hasil rintis Piawaian Keselamatan Sekolah nanti akan diselaraskan dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM supaya instrumen yang sama digunakan dalam pemantauan berkaitan keselamatan sekolah. Ini dapat mengurangkan kekeliruan pihak sekolah seterusnya mengurangkan beban tugas guru yang terlibat.

· Dalam aspek Piawaian Keselamatan Sekolah, elemen yang berkaitan Pendidikan Khas juga akan dimasukkan bagi memantapkan instrumen piawaian tersebut.

· Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) perlu dilaksanakan di peringkat sekolah dan kelompok sekolah seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan pelaksanaannya. Semua JPN. diminta memantau pelaksanaannya serta membantu pihak sekolah sekiranya terdapat permasalahan dalam pelaksanaannya.

· Semua JPN. Negeri perlu menyegerakan penghantaran peruntukan RIMUP di sekolah agar pihak sekolah tidak menghadapi masalah dalam pelaksanaannya. Peruntukan tersebut hendaklah sampai ke sekolah selewat-lewatnya akhir bulan Jun 2009. Laporan pengagihan serta senarai sekolah yang diberi peruntukan tersebut hendaklah dihantar kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Selain pelaksanaan program RIMUP di peringkat sekolah, BPSH juga pada tahun 2009 telah memperuntukkan satu pakej kursus dan latihan kepada guru-guru RIMUP kepada semua JPN. Negeri. Semua JPN. diminta menghantar laporan pelaksanaan kursus tersebut kepada BPSH pada selewat-lewatnya 30 Jun 2009.

· Sejak penstrukturan semula organisasi di KPM, semua Bahagian di bawah TKPPM (Sektor Operasi) di KPM mempunyai Unit HEM masing-masing termasuk Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM. Dalam aspek pengurusan Disiplin Murid , usaha penyelarasan tindakan antara Bahagian-Bahagian terlibat di KPM dan JPN. Negeri perlu dilakukan.

· Mesyuarat mengambil ketetapan bahawa pihak JPN. Negeri hendaklah membantu dan bekerjasama dengan Bahagian-Bahagian terlibat di KPM yang berada di bawah TKPPM (Operasi Pendidikan) dalam menangani permasalahan disiplin murid khususnya bagi sekolah-sekolah selain daripada sekolah harian. Sekolah-sekolah tersebut termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan SABK atau sekolah-sekolah lain yang berada di negeri masing-masing termasuk Sekolah-sekolah Pendidikan Khas.

· Bagi maksud tersebut, satu senarai nama pegawai di JPN. Negeri (di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN.) dan nombor telefon mereka diedarkan kepada semua Bahagian terlibat bagi memudahkan perhubungan (networking) dalam menangani sesuatu isu yang berkaitan disiplin murid.

· Penyelarasan ini penting kerana kuasa-kuasa bagi tatacara disiplin murid di sekolah-sekolah dalam sesebuah negeri adalah di bawah tanggungjawab Pendaftar (Pengarah Pelajaran Negeri). Rujuk Ordinan Pelajaran 1957 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Tambahan pula kebiasaannya Pendaftar Besar (KPPM) lazimnya akan menghubungi Pendaftar (Pengarah Pelajaran Negeri) negeri berkenaan terlebih dahulu bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan kes disiplin di sesebuah sekolah dalam negeri berkenaan.

· Satu mesyuarat dan perbincangan antara BPSH, BPSBP&K, BPTV, BPK, BSSK dan BPI akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyediakan SOP penyelarasan berkaitan tindakan disiplin terhadap murid, khususnya berkaitan tindakan gantung sekolah, buang sekolah serta rayuan bersekolah semula dan penempatan murid yang telah dikenakan tindakan disiplin.

· BPSBP&K, BPTV, BPK, BSSK dan BPI boleh memohon peruntukan di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, KPM daripada BPSH selaku urus setia jawatankuasa tersebut bagi melaksanakan program disiplin murid termasuk latihan guru disiplin di Bahagian masing-masing. Kelulusan jumlah peruntukan yang boleh diberi adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada.