Friday, May 22, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA SEKOLAH MODEL KHAS BIL. 1/2009


Tarikh : 20 - 22 Mei 2009
Tempat : Hotel Heritage, Ipoh
Bil Ahli : 45 Orang ( Pengetua dan GPK Rendah )

Mesyuarat adalah bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan Sekolah Model Khas di seluruh negara. Untuk makluman SMK Model Khas hanya 11 buah sahaja di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut; Pulau Pinang 1, Perak 1, Negeri Sembilan 1, Kedah 2, Terengganu 1, Selangor 1 dan Pahang 4. Mesyuarat ini adalah merupakan mesyuarat kali pertama SPSM-BPSH bersama dengan pengurusan Sekolah Model Khas. Banyak isu berhubung dengan pengurusan sekolah Model Khas dan tidak sama dari segi pengurusan mengikut pentadbiran JPN masing-masing, SPSM-BPSH akan mengambil inisiatif bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.