Tuesday, September 23, 2008

Mesyuarat JPKA Program Pendidikan Rendah & Menengah Bil.3/2008


Perkara :
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Program Pendidikan Rendah & Menengah KPM Bil.3/2008

Sektor Pengelola :
Sektor PKICT

Tarikh :
22-23 September 2008

Tempat :
Hotel Quality, Shah Alam

Bilangan Peserta / Ahli :
38 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kewangan BPSH dan JPN Negeri

Tujuan :
  1. Mendapatkan pelaporan prestasi perbelanjaan JPN Negeri untuk suku tahun kewangan kedua berakhir 31 Julai 2008
  2. Membincangkan isu-isu berkaitan kewangan yang melibatkan Program Pendidikan Rendah dan Menengah di peringkat JPN
Pengisian :
  1. Ucapan Pengerusi - Tn Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah BPSH
  2. Pembentangan minit Mesyuarat JPKA Bil.2/2008
  3. Maklum balas perkara berbangkit
  4. Laporan Prestasi mengikut aktiviti sehingga 31 Julai 2008 (DSA/PPSA/PIB/One-Off)
  5. Laporan Kedudukan Bil Tertunggak, Pendahuluan Diri, Tunggakan Hasil, Kehilangan Barang-Barang Awam dan Pelupusan Harta Benda Kerajaan
  6. Sub Waran 2008 - Laporan Prestasi melalui e-WPK
  7. Hal-hal lain
Intipati Ucapan Pengarah BPSH
Tuan Pengarah BPSH mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kewangan yang bertanggungjawab menguruskan kewangan di peringkat JPN. Beliau berharap semua JPN dapat memberi maklum balas awal bagi setiap mesyuarat yang diadakan.

Beliau juga menekankan perlunya ada senarai semak bagi setiap aktiviti kewangan. Senarai semak ini menjadi instrumen kawalan dalaman untuk memastikan semua aktiviti kewangan adalah mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

Surat siaran dan makluman mengenai tatacara kewangan perlu dihebahkan kepada semua pegawai di peringkat JPN dari semasa ke semasa. Ruang yang ada semasa mesyuarat di mana-mana peringkat di JPN perlu digunakan sepenuhnya untuk memberi maklumat/informasi mengenai pengurusan kewangan.

Tuan Pengarah juga berharap proses pengurusan kewangan di semua peringkat dilaksanakan dengan penuh integriti, telus, ada unsur 'value for money' dan sentiasa mengutamakan penjimatan.