Friday, October 10, 2008

Mesyuarat Penyelarasan Laporan BPSH 2008


Mesyuarat telah diadakan pada 10 Oktober 2008, bertempat di Bilik Kemboja. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Sulaiman Wak, Timbalan Pengarah (Dasar).

Jamuan Raya PKICT

Sektor PKICT telah mengadakan jamuan raya pada 10 Oktober 2008. Semua warga Bahagian telah dijemput untuk bersama meraikan majlis ini. Tuan Sulaiman Wak, Timbalan Pengarah (Dasar) dan Tuan Abdullah Mad Yunus, Timbalan Pengarah (Sekolah) telah sudi bersama memeriahkan majlis.

Makanan? Macam-macam ada! Laksa, sate, mee, lontong, kek, puding, rendang, apam, (sekadar menyebut beberapa menu .... kalau hendak disebut semua, sampai Maghrib pun belum tentu habis..)

Sempena majlis juga, cenderamata perpisahan telah disampaikan kepada Pn Siti Aminah Shamsudin (Panggilan manja Mak Iti) yang telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke BPSM. Tahniah Mak Iti!


Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.