Thursday, May 31, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN KEMASUKAN MURID WARGANEGARA KE SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN BIL. 1/2012





Tarikh      : 16 hingga 18 April 2012

Tempat    : Avillion Hotel, Melaka
Peserta    : 16 orang Pegawai Meja Pengurusan Murid JPN
Jemputan : Pegawai Sekolah Amanah BPSH
                 Pegawai Bahagian Sekolah Berasrama Penuh
                 Pegawai Bahagian Sekolah Teknik
                 Pegawai SPKICT
VIP        : Tuan Haji Aminudin Bin Adam
                Timbalan Pengarah (Murid)
                Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Aktiviti :
1. Majlis Perasmian mesyuarat dirasmikan oleh Tn Hj. Aminudin Bin Adam, Timbalan Pengarah (Murid)  
    BPSH, KPM

2. Mesyuarat bertujuan untuk membuat penyelarasan pengurusan kemasukan murid warganegara ke   
    sekolah menengah kerajaan.
    a. Pertukaran murid dari SBP, SMT, SMKA, SABK, MRSM, MTD
    b. Permohonan belajar semula ke Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dan dari sekolah-sekolah swasta
    c. Murid bawah umur dan murid lebih umur
    d. Murid balik dari luar negara

3. Membincangkan tentang Perkara 4 – Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996
    a. Penerimaan masuk murid
    b. Pertukaran murid

4. Membina draf surat siaran bagi kemasukan murid tahun 2013
    a. Kenaikan Ke Tingkatan Satu Tanpa Melalui Kelas Peralihan
    b. Kenaikan Ke Tingkatan Empat Bagi Sekolah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta
    c. Syarat Belajar Semula (Mengulang) Tingkatan Lima




Monday, May 28, 2012

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KE SARAWAK DAN WP LABUAN BIL.3/2012



Tarikh : 23 – 24 Mei 2012

Tempat : Hotel Pearl International, Kuala Lumpur
Bil Pegawai BPSH : 8 0rang
Bil. Pegawai JPN Sarawak : 10 orang
Bil. Guru Baharu : 824 orang

Penempatan bil. 3/2012 adalah merupakan penempatan ketiga bagi tahun 2012 bagi penempatan ke Sarawak dan WP Labuan. Bagi penempatan kali ini hanya calon PPP yang berasal dari semenanjung ditempatkan ke Sarawak dan WP Labuan manakala PPP yang berasal dari Sabah hanya ditempatkan ke Sabah kerana kedudukan perjawatan di Sabah yang terhad. Pendaftaran PPP bermula di Hotel Pearl International pada 23 Mei 2012 dan taklimat bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam. Penerbangan ke Sarawak mulai 24 Jun 2012. Penerbangan pertama ke Sibu dan Bintulu pukul 7.15 pagi manakala penerbangan terakhir ke Kuching pada pukul 7.10 malam. Semua penerbangan diiringi oleh pegawai JPN Sarawak dan PPD Miri, Bintulu, Sibu dan PPD Kuching bagi memastikan perjalan ke Sarawak berjalan lancar terutama bagi urusan dokumentasi.

MESYUARAT PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT BAGI PERTUKARAN JUN 2012





Tarikh : 14 – 18 Mei 2012

Tempat : Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak
Bil Pegawai BPSH : 8 orang
Bil. Pegawai JPN: 45 orang
Bil.Pegawai SOP, KPM: 6 orang

Mesyuarat Pertukaran Guru Secara Berpusat bagi pertukaran 1 Jun 2012 telah diadakan pada 14 – 18 Mei 2012 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak. Mesyuarat tersebut melibatkan 16 JPN bersama dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian SOP, KPM. Perlaksanaan proses pertukaran bagi sesi Jun terlebih dahulu disediakan draf keluluan oleh negeri masuk berdasarkan jumlah permohonan yang telah memohon masuk mengikut negeri, negeri akan membuat pilhan kepada calon masuk ke negeri berdasarkan keperluan mengikut perjawatan dan opsyen bagi negeri tersebut. Draf atau pilihan negeri masuk akan menjadi draf kelulusan kepada negeri masuk dan juga sebagai draf pra kelulusan kepada KPM bagi membuat keputusan kepada panel kelulusan mengikut negeri. Perbincangan bersama panel KPM tertumpu kepada calon-calon yang perlu dibawa beradasarkan kes-kes yang perlu disemak semula untuk pertimbangan. Berdasarkan draf kelulusan, panel KPM telah meluluskan 1979 calon (28.9%) daripada 6847 permohonan antara negeri.