Friday, May 27, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONALISME KETUA UNIT MENENGAH BIL. 2/2011 JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA KPM



Tarikh : 26 - 27 Mei 2011
Tempat : Hotel Empress. Sepang
Bil Ahli : 20 Orang (5 Pegawai KPM dan 15 JPN)

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras beberapa isu berhubung dengan pengurusan dan berhubung dengan penempatan dan pertukaran guru dan beberapa perkara berbangkit berhubung dengan ucapan Perdana Menteri sempena Hari Guru di Sarawak berkaitan dengan prkara berikut

1. Pengetua Gred DG 52
2. GPK Pentadbiran Gred DG 48
3. GPK Akedemik Gred Dg 48
4. GPK Kokurikulum Gred DG 48

Mesyuarat turut membincangkan penempatan guru baru yang akan dilaksanakan ke seluruh Negara bagi Sekolah menengah pada 26 Jun 2011. Mesyuarat menagmbil maklum terhadap beberapa perkara seperti berikut sebelum melaksanakan penempatan bil.2/2011

1. Tarikh pemakluman kepada semua calon didalam laman web KPM pada 20 Jun.
2. Melaksanakan program orientasi penempatan guru baru bagi semua negeri yang menerima penempatan.
3. Menentukan keperluan guru bagi semua negeri dan tidak melebihi dari jumlah penempatan yang diterima.
4. Menamatkan GSTT sekiranya negeri ada melantik GSTT bagi mengisi kekosongan jawatn sedia ada

Wednesday, May 25, 2011

BENGKEL PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PEGAWAI MENENGAH JABATAN PELAJARAN NEGERI

13 - 15 Jun PPD Sandakan

06-08 Jun BPTN Kedah

30 - 31 Mei (PPD Temerloh) 23 - 25 Mei (Bilik Mesyuarat Nilam BPSH)


Tarikh :
1) 23 - 25 Mei 2011
2) 30 - 31 Mei 2011
3) 06 - 08 Mei 2011
4) 13 - 15 Mei 2011

Tempat :

1) Bilik Nilam BPSH
2) PPD Temerloh
3) JPN Kedah
4) PPD Sandakan

Bil Ahli : 3 Pegawai BPSH & 16 Pegawai JPN

Bengkel adalah bertujuan bagi membuat penyelarasan berhubung kedudukan guru selepas penempatan dan pertukaran bagi sesi Jun 2011. Penyelarasan adalah perlu bagi menentukan kedudukan guru bagi melaksanakan penempatan guru bagi bil 2/2011 yang akan dilaksanakan pada 26 Julai. Penempatan yang dilaksanakan bagi semua negeri pada hujung bulan Jun perlu mematuhi kelulusan ABM perjawatan yang diluluskan mengikut negeri, kegagalan bagi menentukan kekosongan kedudukan guru mengikut negeri boleh menyebabkan pelaksanaan perjawatan berasaskan sekolah tidak dapat dipatuhi dan tindakan boleh dikenakan terhadap pihak-pihak yang terbabit.

Wednesday, May 18, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN PENEMPATAN GURU PELATIH OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM) DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KPM



Tarikh : 18 Mei 2011

Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja

Bil Ahli : : 25 Orang

Pengerusi : Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH


Mesyuarat adalah bertujuan bagi meyelaraskan guru pelatih yang akan melaksanakan praktikum di sekolah-sekolah dibwah KPM. Penyelarasan ini bagi menyelaraskan beberapa perkara yang berhubung dengn kaedah pelakanaan dan kandungan praktikum yang akan dilaksanakan. Cadangn daripda OUM adalah seprti berikut:



Interactive Teaching(2 credit hours)

Weeks 1 : Report to school/interactivie teaching

Weeks 2 : Interactivie teaching/co-teaching observation/evaluation

Weeks 3 : Interactivie teaching/co-teaching observation/evaluation

Weeks 4 : Interactivie teaching/supervisor observation/evaluation



Mesyuarat bertujuan OUM mohon persetujuan bagi melaksanakan practikum di sekolah-sekolah KPM?

Wednesday, May 11, 2011

MESYUARAT PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN-BAHAGIAN SOP BAGI SESI JUN 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh : 5 - 6 Mei 2011

Tempat : Biik Mesyuarat Kemboja, BPSH

Bil Ahli : 20 Orang ( Semua Bhg-Bhg SOP)



Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras pertukaran antara bahagian-bahagian Sektor Operasi KPM yang memohon untuk bertukar ke bahagian-bahagian lain di KPM atas keperluan perkhidmatan dan sebagainya. Semua permohonan telah di proses dan telah meluluskan 44 guru dari bahagian-bahagian lain KPM ke Sekolah dibawah kawalan BPSH., manakala guru dari sekolh-sekolah di bawah BPSH ke bahagian-bahagian lain di KPM dibawah sektor Operasi pendidikan seramai 54 orang.

MAJLIS PERASMIAN PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT ANTARA NEGERI,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Tarikh : 11 Mei 2011
Tempat : Ballroom Hotel Plaza, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 120 Orang( SPSM,SPSR dan SPPRA)
VVIP : Datuk Haji Isa Bin Haji Abu ( Pengarah BPSH)


Majlis perasmian bagi sesi pertukaran berpusat adalah menjadi acara rasmi bagi BPSH kerana ia merupakan fungsi utama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian iaitu bagi Pertukaran dan Penempatan guru seluruh negara. Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Datuk Isa Bin Haji Abu atas kelapangan waktu bagi merasmikan mesyuarat pertukaran guru secara berpusat bagi kali ini. Majlis ringkas ini di dahulukan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian oleh yang berbahagia datuk pengarah ...terima kasih Datuk Pengarah.

MESYUARAT PERTUKARAN BERPUSAT GURU ANTARA NEGERI BAGI SESI JUN 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




Tarikh : 10 - 13 Mei 2011


Tempat : The Plza Hotel, Kuala Lumpur


Bil Ahli : 60 Orang


Mesyuarat pertukaran berpusat bagi sesi Jun 2011 telah dilaksanakan secara berpusat bagi semua negeri bersama dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Perlaksanaan proses pertukaran bai sesi Jun terlebih dahulu disediakan draf keluluan oleh negeri masuk berdasarkan jumlah permohonan yang telah memohon masuk mengikut negeri, negeri akan membuat pilhan kepada calon masuk ke negeri berdasarkan keperluan mengikut perjawatan dan opsyen bagi negeri tersebut. Draf atau pilihan negeri msuk akan menjadi draf kelulusan kepada negeri masuk dan juga sebagai draf pra kelulusan kepada KPM bagi membuat keputusan kepada penal kelulusan mengikut negeri. Perbincangan dalam kumpulan hanya tertumpu kepada calon-calon yang perlu dibawa beradasarkan kes-kes yang perlu disemak semula untuk pertimbangan..berdasarkan draf kelulusan panel KPM hanya 591 calon sahaja yang diluluskan daripada 5314 permohonan antara negeri.

Tuesday, May 10, 2011

MESYUARAT TEKNIKAL PERTUKARAN BERPUSAT GURU ANTARA NEGERI BAGI SESI JUN 2010 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh : 09 - 10 Mei 2011
Tempat : Hotel Plaza, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 15 Orang ( 10 BPSH dan 5 BPM)




Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat persediaan bagi peringkat BPSH Menengah dan menyelaraskan sesi pertukaran bersama dengan semua negeri. Pada sesi ini secara teknikalnya SPSM bersama semua pegawainya yang terlibat dengan urusetia bagi negeri-negeri seluruh negara. Persediaan ini meliputi membuat keputusan terhadap semua negeri yang akan mnerima masuk dan memohon keluar bagi semua subjek dan opsyen bagi semu permohonan bagi sesi Jun 2011.

Wednesday, May 4, 2011

Mesyuarat/Perbincangan Persediaan Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua



Tarikh : 26 April 2011
Masa : 9.30 pagi – 3.30 ptg
Tempat : IAB, Genting Highlands
Wakil Bahagian : En. Saiful Bahari bin Mohammed Tauhid

Perkara Penting Yang Dibincangkan :

1 Pembentangan kertas kerja Persidangan Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua

2 Perbincangan keperluan kumpulan sasaran, tarikh, slot program dan bajet

3 Penyediaan kertas kerja Persidangan mengikut format yang ditetapkan oleh IAB

Tindakan Bahagian :

1 Memberi input penyediaan kertas kerja daripada segi konsep/tema persidangan, slot program, asas pertimbangan, Jawatankuasa Persidangan, dan bajet.

2. Pembentangan kertas kerja berdasarkan format IAB