Monday, August 30, 2010

Konvensyen ICC MPC Wilayah Pantai Timur

KOTA BHARU: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, UrGENT telah menyertai Konvensyen ICC MPC Wilayah Pantai Timur di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 27 Julai 2010.

Kumpulan UrGENT telah menerima Anugerah Emas Tiga Bintang dan ini merupakan kejayaan sulung kumpulan UrGENT.



Dengan kejayaan ini, kumpulan UrGENT diharap akan membuahkan kejayaan dalam dua lagi konvensyen iaitu Konvensyen KIK KPM 2010 dan Konvensyen ICC MPC Peringkat Kebangsaan 2010.

Tuesday, August 24, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN KUTIPAN DATA OPMEN BIL. 3/2010

PEGAWAI DATA OPMEN
PEMBENTANGAN DATA OPMEN

Tarikh : 23 - 26 Ogos 2010
Tempat : Hotel Federal, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 23 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan kutipan data OPMEN berakhir pada 31 Julai 2010. Penyelarasan ini perlu dilaksanakan bersama dengan semua JPN memandangkan banyak perkara-perkara seperti perlantikan/pergerakan pegawai dan kedudukan terkini terhadap operasi sekolah setiap negeri terutama berhubung dengan perjawatan di semua negeri di seluruh negara. Verifikasi data bersama dengan JPN juga akan dapat menentukan bilangan pengisian guru dan keperluan guru. Pembentangan hasil verifikasi data telah dilaksanakan bersama dengan semua Ketua Unit sektor Pengurusan Sekolah semua JPN seluruh negara dan semua negeri akur dan mengesahkan data yang dilaporkan adalah benar bagi Data pada 31 Julai.

MESYUARAT PROFESIONALISME PENGURUSAN KETUA UNIT MENENGAH BIL. 3/2010


Tarikh : 23 - 26 Ogos 2010
Tempat : Hotel Federal .Kuala Lumpur
Bil Ahli : 46 Orang ( JPN dan BPSH(Menengah)
VVIP : Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaraskan beberapa perkara berhubung dengan pengurusan sekolah Jbtan Pelajaran Negeri bersama dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian( Menengah). Perkara-perara yang menjadi fokus dan agenda dalam mesyuarat ialah:

1. Pengurusan Pengetua Cemerlang
2. Perlaporan Status perbelanjaan (Redeployment dan Penempatan)
3. Pengurusan Penempatan Guru
4. Pengurusan Pertukaran Guru
5. Pengurusan Seminar Menengah/isu-isu penempatan
6.Pengurusan Data OPMEN
7. Pengurusan Data Operasi

Mesyuarat juga mengambil maklum tentang beberapa perkara berhubung dengan pelbagai isu dan perkara-perkara berbangkit dengan semua JPN. Mesyuarat akan dirasmikan oleh tuan KPP Menengah En Aidie Bin Haji Jantan.

Wednesday, August 18, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN GURU MPV BIL 1/2010 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI


Tarikh : 17 - 19 Ogos 2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang, Selangor
Bilangan Ahli : 20 Orang ( 16 JPN dan 4 Pegawai KPM)
Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras data guru MPV( Mata Pelajaran Vokasional) seluruh negara, Bahagian pengurusan Sekolah Harian dan JPN. Data ini akan dignakan bagi tujuan data sepadu terkini guru MPV bagi negeri dan khusus bagi tujuan Pertukaran dan Penempatan guru MPV bagi sesi Januari 2011. Penyelarasan ini bertujuan bagi memastikan pertukaran da penempatan guru MPV meepati kehendak sekolah dan mengikut keperluan sebenar sekolah.


Tuesday, August 17, 2010

PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA NEGERI SELANGOR


Tarikh : 29 Julai 2010
Tempat : Kelab Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor
Bil Peserta : 250 Orang
Tetamu VIP : En. Sulaiman bin Wak, Pengarah JPN Selangor

Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Cawangan Selangor dengan kerjasama dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menganjurkan Persidangan tersebut pada 29 Julai 2010 di 2 Jun – 24 Jun 2010 di Kelab Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Persidangan pada tahun ini melibatkan seramai 250 orang Pengetua sekolah menengah seluruh Selangor yang bertemakan Pengetua Berkualiti Menjana Gagasan 1 Malaysia.