Thursday, November 19, 2009

Program Peningkatan Kemahiran Belajar : Strategi Peningkatan Prestasi Akademik PPS dan Sekolah FELDA






Tarikh : 11 - 13 November 2009
Tempat : Hotel Heritage, Cameron Highlands
Bil Peserta : 70 Orang. Justify Full
VVIP : Dato' Hj. Zulkifly bin Mohd Wazir
Pengarah BPSH

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan strategi peningkatan akademik Pusat Pembelajaran Sains (PPS) dan sekolah-sekolah FELDA. Antara pengisian program ini ialah bengkel "Program Belajarlah Sayang" yang akan dijalankan di sekolah-sekolah FELDA. Tujuan program ini diadakan antaranya adalah untuk mengekang masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah FELDA dalam usaha menjayakan program peningkatan prestasi akademik.

Selain itu, turut diselitkan satu sesi perkongsian kejayaan SMK Teloi Kanan, Kedah yang berjaya dalam program EnO (Environment Online) ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan aktif guru serta pelajar sekolah tersebut.

Thursday, November 5, 2009

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH (SEKOLAH) KE SABAH

Tarikh: 29-30 Oktober 2009
Tempat: SMK Dato' Omar dan SMK Beaufort
VIP : En. Abdullah Mad Yunus, Timbalan Pengarah (Sekolah)

JPN Sabah telah menempatkan seramai 8 orang GSST di SMK Pengiran Omar. Pengurusan Sekolah berjalan dengan baik. Pengurusan sekolah telah membentuk JK Orientasi bagi guru baru. Semasa pertemuan ramah mesra Timbalan Pengarah bersama GSST baru, beliau telah memberikan kata-kata semangat dan motivasi supaya cepat menyesuaikan diri, bermotivasi dan belajar daripada guru-guru yang mempunyai komitmen yang tinggi.

JPN Sabah tidak menempatkan GSST baru ke SMK Beaufort kerana kedudukan guru adalah setabil walaupun kekurangan 2 orang guru.

MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM BERFOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEBANGSAAN


Tarikh : 02 - 05 Nov 2009
Tempat : Hotel Federal, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan pembinaan modul bimbingan dan kaunseling secara berfokus,sebelum memulakan pembentangan En. Arjimi telah membuat preview modul program ini. Priview ini amat penting dalam membentuk hala tuju pembentangan modul seterusnya nanti. Beliau menekankan Modul ini boleh membantu mengurangkan masalah salah laku dan sosial murid serta meningkatkan pencapaian akademik mereka.Fokus program ini terbahagi kepada kepada bidang iaitu bidang akademik, bidang Disiplin, dan bidang Pendidikan Pencegahan Dadah. Diharapkan modul ini dapat mencapai misi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat melahirkan modal insan yang seimbang serta memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh selaras falsafah Pendidikan Negara.

Wednesday, November 4, 2009

PEMANTAUAN GSST DI SABAH BIL. 8/2009


Tarikh: 28-30 Oktober 2009

Tempat: SMK Ulu Sugut, SMK Tulid, SMK Kemabong, SMK Pengiran Omar dan SMK Beaufort

Bil Peserta: 5 pegawai BPSH dan 3 pegawai JPN dan Pegawai PPD

SMK Ulu Sugut(Pedalaman 1): Sekolah terletak di sekolah luar bandar Ranau. Bermasalah dari segi bekalan air, letrik, rumah guru, telekomunikasi dan jalan. Penempatan 2 orang GSST

SMK Tulid(Pedalaman 1): Sekolah terletak di sekolah luar bandar Tenom. Bermasalah dari segi bekalan air bersih dan asrama. Kekurangan 9 orang guru dan JPN diharap dapat membuat pengisian segera.

SMK Kemabong (Bandar Tenom) : Pengurusan sekolah dalam keadaan baik. Penempatan 3 orang GSST

SMK Pengiran Omar, (bandar Sipitang): Pengurusan sekolah dalam keadaaan baik. Kekurangan 16 orang guru. Penempatan seramai 8 orang GSST.

SMK Beaufort(bandar Beaufort): Pengurusan sekolah dalam keadaan baik. Kekurangan 2 orang guru.

PROGRAM ORIENTASI GSST DI SABAH


Tarikh: 27-29 Oktober 2009
Tempat: One-Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Peserta: 370 GSST Sabah dan Semenanjung

Sebanyak 6 Kumpulan Penerbangan GSST dari Semenanjung bermula penerbangan jam 9.00 pagi dan berakhir jam 9.00 malam. Setiap penerbangan telah diiringi oleh pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Majlis orientasi di Sabah telah dirasmikan oleh En. Aidie bin Jantan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PROGRAM ORIENTASI GSST KE SABAH BIL 8/2009


Tarikh: 26 -27 Oktober 2009
Tempat: Hotel Goldcourse, Klang, Selangor
Bilangan Peserta: 267(GSST) 6(pegawai BPSH)

Program Orientasi GSST adalah program yang dilaksanakan bagi GSST yang ditempatkan ke Sabah dan WP Labuan. Pendaftaran GSST bermula pada jam 8.00 pagi 26 Oktober 2009. Pengisian program:

1. Taklimat pengurusan penempatan
2. Taklimat pengurusan perkhidmatan
3. Taklimat penerbangan

Majlis orientasi telah dirasmikan oleh Tuan Haji Husin Awang, Timbalan Pengarah (Dasar)

Tuesday, November 3, 2009

PEMANTAUAN PENEMPATAN GSST BIL. 8/2009 KE SARAWAK


SMK PETRAJAYA


SMK SAMARIANG

Tarikh : 29 Oktober 2009
Tempat : SMK Samariang & SMK Petrajaya, Kuching
Bil Ahli : 4 Pegawai BPSH & 2 Pegawai JPN

Pemantauan GSST bil.8/2009 bagi penempatan ke Sarawak bagi 2 sekolah iaitu SMK Samariang dan SMK Petrajaya di Kuching telah dilaksanakan dengan jayanya, dimana kedua-dua sekolah ini ada menerima GST dari semenanjung yang baru ditempatkan pada 26 Oktober lalu. Bagi SMK Samariang seorang guru kaunselor, manakala SMK Petrajaya adalah sebuah sekolah di Sarawak yang pengurusannya telah mengamalkan 5S dan sangat aktif dan menjadi contoh kepada semua sekolah di Kuching.

PROGRAM ORIENTASI PENAMPATAN GSST KE SARAWAK OLEH JPN SARAWAK




Tarikh : 27 - 29 Oktober 2009
Tempat : Santubong Kuching Resort.
Bil Ahli : 374 Orang GSST

Program Orientasi telah dilaksanakan oleh JPN Sarawak bagi semua GSST ke Sarawak, program ini sebagai penyelarasan kepada semua guru baru semenanjung ke Sarawak sebagai penambahbaikkan kepada penempatan guru baru ke Sarawak, dimana melalui program ini GSST telah didedahkan dengan pelbagai isu yang berkaitan guru,sekolah perjawatan dan sebaginya.

LAWATAN DATO' HAJI ZULKIFLY BIN HAJI MOHD WAZIR KE SMK SEBUYAU & SMK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK




Tempat : SMK Sebuyau & SMK Kota Samarahan, Sarawak
Bil Ahli : 6 Orang
VVIP : Pengarah BPSH

Program Lawatan ke sekolah menengah luar bandar Sarawak bagi tujuan pemantauan sekolah dan penempatan Guru Sandaran Terlatih bil. 8/2009 ke Sarawak. SMK Sebuyau dipilih sebagai lokasi lawatan kerana sekolah ini diketogorikan sebagai sekolah luar bandar dan mempunyai kemudahan asrama serta ada isu berkaitan dengan fizikal sekolah yang memerlukan perhatian pihak KPM.

PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH KE SARAWAK BIL. 8/2009


Tarikh : 26 - 27 Oktober 2009
Tempat : Hotel Empress, Sepang Selangor.
Bil Peserta : 374 GST dan 5 Pegawai BPSH

Program Orientasi Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih( GSST ) ke Sarawak telah diadakan di Hotel Empress Sepang. Program ini bagi tujuan menempatkan guru baru ke Sarawak dan majlis ini bertujuan menyampaikan maklumat awal penempatan dan bagi tujuan penyelarasan penempatan ke Sarawak, terutamanya berkaitan dengan Surat Tawaran Penempatan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, En Abdullah Bin Mohd Yunus.