Wednesday, August 26, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN (JULAI) BIL. 3/2009 BPSH BERSAMA JPN SELURUH NEGARA




Tarikh : 17 - 20 Ogos 2009
Tempat : Awana, Genting Highland
Bil Ahli : 45 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras kutipan data OPMEN berakhir pada 31 Julai 2009. Penyelarasan kutipan bersama dengan semua JPN seluruh negara dan telah berjaya melaksanakan mesyuarat dengan baik dan semua maklumat yang diperlukan berdasarkan kepada keperluan bahgian pada masa ini telah dapat diperolehi dari semua negeri.. Semua negeri berjaya malaksanakan kutipan data yang baik pada kutipan kali ini, penyelarasan hanya perlu dibuat terhadap dapatan data yang lebih ke penguatkuasaan dan pematuhan kepada semua negeri terhadap pengisian guru mengikut negeri masing-masing.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL OPMEN online BPSH ( Menengah ) Bil. 2/2009


Tarikh : 02 - 05 Ogos 2009
Tempat : Bayview Hotel, Georgetown.
Bil Ahli : 45 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan bersama negeri seluruh negara berhubung dengan OPMEN online. Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan OPMEN online bagi memudahkan pengemaskinian data dari sekolah ke PPD dan seterusnya ke JPN. Sehubungan dengan itu kertas cadangan dan permohonan bagi melaksanakan OPMEN online sedang disiapkan dan akan dikemukan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM dalam masa yang terdekat selepas mendapat persetujuan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.