Thursday, September 25, 2008

Takwim Persekolahan 2009

Takwim Persekolahan 2009 telah siap. Sila layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia 

Wednesday, September 24, 2008

Bengkel Penulisan MPK, Pelan Strategik & Fail Meja BPSH


Perkara : 
Bengkel Penulisan Fail Meja BPSH

Sektor Pengelola :
Sektor PKICT

Tarikh :
23-26 September 2008 

Tempat :
Hotel Adamson Kuala Lumpur

Bilangan Peserta / Ahli :
25 orang

Tujuan :
Menyediakan Manual Prosedur Kerja, Pelan Strategik dan Fail Meja dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

Pengisian :
Peserta Bengkel yang terdiri wakil-wakil setiap Sektor di BPSH dikumpulkan bersama untuk menulis Pelan Strategik dan MPK BPSH. Peserta bengkel juga telah dipecahkan mengikut sektor masing-masing untuk menulis Fail Meja mengikut fungsi sektor.

Catatan :
Adalah diharapkan agar pada akhir sesi, Pelan Strategik, MPK dan Fail Meja telah dapat disiapkan untuk dikemukakan kepada Pengarah BPSH.

Tuesday, September 23, 2008

Mesyuarat JPKA Program Pendidikan Rendah & Menengah Bil.3/2008


Perkara :
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Program Pendidikan Rendah & Menengah KPM Bil.3/2008

Sektor Pengelola :
Sektor PKICT

Tarikh :
22-23 September 2008

Tempat :
Hotel Quality, Shah Alam

Bilangan Peserta / Ahli :
38 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kewangan BPSH dan JPN Negeri

Tujuan :
  1. Mendapatkan pelaporan prestasi perbelanjaan JPN Negeri untuk suku tahun kewangan kedua berakhir 31 Julai 2008
  2. Membincangkan isu-isu berkaitan kewangan yang melibatkan Program Pendidikan Rendah dan Menengah di peringkat JPN
Pengisian :
  1. Ucapan Pengerusi - Tn Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah BPSH
  2. Pembentangan minit Mesyuarat JPKA Bil.2/2008
  3. Maklum balas perkara berbangkit
  4. Laporan Prestasi mengikut aktiviti sehingga 31 Julai 2008 (DSA/PPSA/PIB/One-Off)
  5. Laporan Kedudukan Bil Tertunggak, Pendahuluan Diri, Tunggakan Hasil, Kehilangan Barang-Barang Awam dan Pelupusan Harta Benda Kerajaan
  6. Sub Waran 2008 - Laporan Prestasi melalui e-WPK
  7. Hal-hal lain
Intipati Ucapan Pengarah BPSH
Tuan Pengarah BPSH mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kewangan yang bertanggungjawab menguruskan kewangan di peringkat JPN. Beliau berharap semua JPN dapat memberi maklum balas awal bagi setiap mesyuarat yang diadakan.

Beliau juga menekankan perlunya ada senarai semak bagi setiap aktiviti kewangan. Senarai semak ini menjadi instrumen kawalan dalaman untuk memastikan semua aktiviti kewangan adalah mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

Surat siaran dan makluman mengenai tatacara kewangan perlu dihebahkan kepada semua pegawai di peringkat JPN dari semasa ke semasa. Ruang yang ada semasa mesyuarat di mana-mana peringkat di JPN perlu digunakan sepenuhnya untuk memberi maklumat/informasi mengenai pengurusan kewangan.

Tuan Pengarah juga berharap proses pengurusan kewangan di semua peringkat dilaksanakan dengan penuh integriti, telus, ada unsur 'value for money' dan sentiasa mengutamakan penjimatan.

Monday, September 22, 2008

Kursus Pembinaan Insan Mulia



Perkara :
Kursus Pembinaan Insan Mulia

Sektor Pengelola :
Sektor PKICT

Tarikh : 
21-25 Ogos 2008 (Siri 1) dan 26-30 Ogos 2008 (Siri 2)

Tempat :
Pusat Kokurikulum Pulau Redang, Terengganu

Bilangan Peserta / Ahli :
37 orang (Siri 1) dan 33 orang (Siri 2) = 80 peserta

Tujuan :
Memantapkan kerjasama dan semangat sepasukan antara sesama warga BPSH

Pengisian :
Aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pemantapan semangat kerjasama seperti:water confidence, snorkeling, scuba, trekking, memancing, senaman pagi, kuliah subuh & maghrib dan pertandingan karaoke berkumpulan

Kesimpulan :
Secara keseluruhan, semua peserta amat berpuas hati dengan aktiviti dan program yang dijalankan. Semangat kerjasama berkumpulan berjaya dijelmakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ramai yang mahukan agar aktiviti ini diteruskan pada masa akan datang, khasnya ke Pulau Redang.